Tiap hari ku memerhati, coretan wajahmu Yang ku pamer di atas meja di dalam kamarku Tak terasa kenangan lama, kembali menggangguku Terungkap kisah yang lalu, antara kau dan aku Bagaikan di air tenang Wajahmu jelas terbayang Kau datang dan kau hilang, pulanglah oh sayang Ku langkahi ranjau berduri Ku tempuhi dengan berani Berlari dan mencari wajahmu oh kasih Tiap kali ku merenungi, coretan wajahmu Kerinduan meragut hati, membelai di jiwaku Tak terhenti ku menyesali, mengapa kau pergi Kebetulan tiada jawapan yang dapat ku temui Di bawah sinaran rembulan rinduku kian mendalam Lemas bersama khayalan, hilang dalam impian Kau biarkan daku terseksa, merana dalam sengsara Menempuh segala derita, musnah kerana cinta Di dalam kamar yang usang, kau teruskan hidupku Dan potretmu masih di situ buat pengubat rindu