Qathrunnada

Merdeka

Qathrunnada


Merdeka bukan artinya boleh buat apa saja 
Dengan tidak memikirkan halal dan haramnya 
Merdeka bukan bermakna 
Membuat dan mencetuskan apa sahaja 
Dengan tidak memikirkan pantanglaranganTuhannya 

Merdeka bukan artinya boleh melakukan apa saja 
Yang dikehendki oleh nafsu 
Membuat dan mencetuskan apa sahaja 
Merdeka bukan bermakna bebas tanpa batas 
Dengan tidak memikirkan syariat Tuhannya 

Merdeka bebas dari penjajah 
Tapi tidak bebas didalam semua haldenganTuhannya 
Tiadnya penjajah kita bebas 
Memilih identiti kita sendiri 

Kita bebas merujuk kepada Tuhan 
Kita bebas memilih cara hidup sunnah nabi 

Kalau membuat apa sahaja 
Artinya manusia telah hilang kemanusiaan-nya 
Nafsu telah bermaharajalela 
Syariatnya telah menjadi kawan 
Apa yang akan terjadi kepada dunia ini 
Kalau manusia berperangai begitu