A.C.A.B

Bergandingan Tangan

A.C.A.B


Lihatlah di sekeliling 
Warna-warna yang berpalit 
Dahulu dan sekutu saling berjanji 
Berjuang sehidup semati 

Kerana hasutan juga hasad dengki 
Sanggup menjatuhkan sesama sendiri 

Haruskah kita biarkan 
Kemewahan dihanyutkan 
Terus menerus menyaksikan 
Si petualang menghancurkan 

Hanya kita dapat membina semula 
Apa yang telah dihancurkan olehnya 

Kita datang dari arah yang sama 
Kini kau enggan bertentang mata 
Hanya kita berhak untuk menentukan 
Kita punya masa hadapan 

Berganding tangan 
Kita jayakan 
Kita kembalikan 
Zaman-zaman kegemilangan 

Berganding tangan 
Kita saksikan 
Segala impian 
Kita jadikannya kenyataan 

Kita datang dari arah yang sama 
Kini kau enggan bertentang mata 
Hanya kita berhak untuk menentukan 
Kita punya masa hadapan 

Berganding tangan 
Kita jayakan 
Kita kembalikan 
Zaman-zaman kegemilangan 

Berganding tangan 
Kita saksikan 
Segala impian 
Kita jadikannya kenyataan